Wednesday, May 5, 2010

PERMATApintar

Apakah itu Ujian PERMATApintar?

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://www.permatapintar.edu.my Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
  1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM ( untuk pelajar berusia 9-15 tahun);
  2. Program PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
  3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Maklumat selanjutnya sila klik di sini


Tarikh: 5 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 4

Tarikh: 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 5

Tarikh: 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 6


* Kepada pelajar-pelajar yang terlibat, ujian akan dijalankan bermula pada 5 Mei 2010 jam 2.30 petang. Sila hadirkan diri pada waktu yang di tetapkan untuk elakkan sebarang masalah. Sila rujuk jadual dan senarai nama di makmal komputer sekolah. Terima kasih.


~ GOOD LUCK ! ~

** Sijil dan hadiah saguhati disediakan =) Yeayyyyy!!!!

No comments: