Tuesday, November 30, 2010

Kelebihan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam Taqwim Islam (Hijrah). Muharram asasnya bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang', yakni terdapat larangan Allah SWT pada melakukan peperangan mahupun pertumpahan darah. Akan tetapi larangan ini akhirnya dimansuhkan olehNya melalui ayat 91 dari Surah Al-Baqarah. Sejak itu, umat Islam bebas melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa ikatan.

Imam Salih dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Emir Sultan, Dandenong hari ini menyentuh akan bulan Muharram ini. Bulan ini telah dinamakan sebagai bulan Allah oleh RasuluLlah SAW. Sesungguhnya baginda SAW tidak menyandarkan Allah SWT kepada sesuatu melainkan kemuliaan dan kelebihannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Dari Abu Hurairah r.a., bersabda RasuluLlah SAW, mafhumnya :

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam”

Keutamaan berpuasa di bulan Muharram amat ditekankan oleh RasuluLlah SAW sehingga meletakkannya selepas kewajiban puasa di bulan Ramadhan. Akan tetapi dari segi hari, kita sedia maklum puasa enam hari di bulan Syawal dan puasa hari Arafah lebih diutamakan.

Seterusnya Imam Salih menyentuh tentang Hari Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Sebelum disyariatkan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan, RasuluLlah SAW telah menyeru umatnya berpuasa pada hari Asyura setelah didapati orang Yahudi melakukannya atas dasar hari kemenangan Nabi Musa AS dan pengikutnya ke atas Firaun. Setelah diwahyukan kewajiban berpuasa Ramadhan, maka berpuasa pada hari Asyura adalah sunat yang amat digalakkan.

RasuluLlah SAW bersabda, mafhumnya :

“Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya” (HR Muslim)

Dengan keutamaan pada bulan Muharram ini, umat Islam amat digalakkan agar berusaha mempertingkatkan amalan dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Semoga ganjaran yang dijanjikan akan menjadi milik kita sebagai bekalan dalam perjalanan menemui Allah SWT. Amiin.

Banyak peristiwa penting yang berlaku dirujukkan kepada tanggal 10 Muharram ini, antaranya :-

>> Allah SWT menciptakan alam
>> Allah SWT menurunkan rahmat
>> Allah SWT menjadikan 'Arasy
>> Allah menjadikan Luh Mahfuz
>> Allah menjadikan Malaikat Jibril
>> Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT
>> Nabi Idris diangkat ke langit
>> Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar
>> Nabi Ibrahim diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud
>> Nabi Musa menerima kitab Taurat daripada Allah SWT
>> Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
>> Nabi Yaakob dipulihkan penglihatannya oleh Allah SWT
>> Nabi Ayub disembuhkan dari penyakit kulit yang “menjijikkan” manusia
>> Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
>> Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun dan tenteranya
>> Nabi Daud diampuni Allah SWT akan kesalahannya
>> Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
>> Nabi Isa diangkatkan ke langit


Tuesday, November 23, 2010

Pencapaian UPSR SKG

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.

Setelah sekian lama blog SKG tak di"update", jadi untuk post kali ni jom kita tengok pencapaian UPSR SK Ganchong untuk tahun 2010. Pencapaian yang agak memberangsangkan kerana telah mendapat keputusan 100% lulus dalam semua subjek UPSR.




Untuk maklumat selanjutnya, boleh lah melawat laman web SKG: http://skganchong.webs.com


Nota kaki: Tahniah untuk pelajar yang berjaya dan guru-guru yang tidak kenal erti putus asa untuk mengajar/mencurah ilmu kepada pelajar.

Friday, August 13, 2010

Program Bulan Kemerdekaan 2010

Pada 10 Ogos yang lepas, SKG telah mengadakan program sambutan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan. Majlis telah bermula pada 10.30 pagi dengan guru-guru dan pelajar berkumpul di dewan terbuka SKG. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Khairul Anuar, dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang, dan juga lagu Keranamu Malaysia. Selepas itu, bacaan ikrar Rukun Negara telah disampaikan oleh wakil pelajar dari Tahun 5. Majlis di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar.

Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar SKG. Antara lagu yang di pertandingkan adalah: Keranamu Malaysia, Perajurit Tanah Air, Tanggal 31 Ogos, dan Jalur Gemilang. Tahniah kepada pelajar Tahun 6 kerana telah memenangi pertandingan nyanyian ini. Majlis di akhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan juga staff sokongan SKG.


p/s: Gambar boleh dilihat di laman Facebook SKG

Monday, June 7, 2010

Majlis Perpisahan



Pada hari Rabu (02/06/2010) yang lepas, satu majlis telah diadakan sempena pertukaran guru dan kakitangan SKG ke sekolah lain. Majlis tersebut juga di buat sempena persaraan beberapa orang kakitangan SKG. Acara di akhiri dengan kejutan untuk Puan GB iaitu nyanyian lagu "Happy Birthday.

Monday, May 24, 2010

Happy Birthday!!


1 MEI - EN RAZAN
18 MEI - TN SHEIKH AHMADI
22 MEI - PN RASIDAH
26 MEI - PN RAHMAH (GB)

25 JUN - PN AZINA


~~ SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

* SEMOGA DI MURAHKAN REZEKI
* SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR
* SEMOGA TERCAPAI APA YANG DI IMPIKAN

Tuesday, May 11, 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Kepada sesiapa yang nak muat turun teks Ucapan Perutusan Hari Guru 2010, bolehlah klik di link yang di sediakan.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Iklan Blog_Website_Facebook SKG


** Terima kasih kepada FS SK Jengka 19 sebab tolong siapkan poster ni.