Tuesday, November 30, 2010

Kelebihan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam Taqwim Islam (Hijrah). Muharram asasnya bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang', yakni terdapat larangan Allah SWT pada melakukan peperangan mahupun pertumpahan darah. Akan tetapi larangan ini akhirnya dimansuhkan olehNya melalui ayat 91 dari Surah Al-Baqarah. Sejak itu, umat Islam bebas melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa ikatan.

Imam Salih dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Emir Sultan, Dandenong hari ini menyentuh akan bulan Muharram ini. Bulan ini telah dinamakan sebagai bulan Allah oleh RasuluLlah SAW. Sesungguhnya baginda SAW tidak menyandarkan Allah SWT kepada sesuatu melainkan kemuliaan dan kelebihannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Dari Abu Hurairah r.a., bersabda RasuluLlah SAW, mafhumnya :

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam”

Keutamaan berpuasa di bulan Muharram amat ditekankan oleh RasuluLlah SAW sehingga meletakkannya selepas kewajiban puasa di bulan Ramadhan. Akan tetapi dari segi hari, kita sedia maklum puasa enam hari di bulan Syawal dan puasa hari Arafah lebih diutamakan.

Seterusnya Imam Salih menyentuh tentang Hari Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Sebelum disyariatkan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan, RasuluLlah SAW telah menyeru umatnya berpuasa pada hari Asyura setelah didapati orang Yahudi melakukannya atas dasar hari kemenangan Nabi Musa AS dan pengikutnya ke atas Firaun. Setelah diwahyukan kewajiban berpuasa Ramadhan, maka berpuasa pada hari Asyura adalah sunat yang amat digalakkan.

RasuluLlah SAW bersabda, mafhumnya :

“Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya” (HR Muslim)

Dengan keutamaan pada bulan Muharram ini, umat Islam amat digalakkan agar berusaha mempertingkatkan amalan dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Semoga ganjaran yang dijanjikan akan menjadi milik kita sebagai bekalan dalam perjalanan menemui Allah SWT. Amiin.

Banyak peristiwa penting yang berlaku dirujukkan kepada tanggal 10 Muharram ini, antaranya :-

>> Allah SWT menciptakan alam
>> Allah SWT menurunkan rahmat
>> Allah SWT menjadikan 'Arasy
>> Allah menjadikan Luh Mahfuz
>> Allah menjadikan Malaikat Jibril
>> Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT
>> Nabi Idris diangkat ke langit
>> Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar
>> Nabi Ibrahim diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud
>> Nabi Musa menerima kitab Taurat daripada Allah SWT
>> Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
>> Nabi Yaakob dipulihkan penglihatannya oleh Allah SWT
>> Nabi Ayub disembuhkan dari penyakit kulit yang “menjijikkan” manusia
>> Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
>> Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun dan tenteranya
>> Nabi Daud diampuni Allah SWT akan kesalahannya
>> Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
>> Nabi Isa diangkatkan ke langit


Tuesday, November 23, 2010

Pencapaian UPSR SKG

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.

Setelah sekian lama blog SKG tak di"update", jadi untuk post kali ni jom kita tengok pencapaian UPSR SK Ganchong untuk tahun 2010. Pencapaian yang agak memberangsangkan kerana telah mendapat keputusan 100% lulus dalam semua subjek UPSR.




Untuk maklumat selanjutnya, boleh lah melawat laman web SKG: http://skganchong.webs.com


Nota kaki: Tahniah untuk pelajar yang berjaya dan guru-guru yang tidak kenal erti putus asa untuk mengajar/mencurah ilmu kepada pelajar.