Friday, August 13, 2010

Program Bulan Kemerdekaan 2010

Pada 10 Ogos yang lepas, SKG telah mengadakan program sambutan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan. Majlis telah bermula pada 10.30 pagi dengan guru-guru dan pelajar berkumpul di dewan terbuka SKG. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Khairul Anuar, dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang, dan juga lagu Keranamu Malaysia. Selepas itu, bacaan ikrar Rukun Negara telah disampaikan oleh wakil pelajar dari Tahun 5. Majlis di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar.

Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar SKG. Antara lagu yang di pertandingkan adalah: Keranamu Malaysia, Perajurit Tanah Air, Tanggal 31 Ogos, dan Jalur Gemilang. Tahniah kepada pelajar Tahun 6 kerana telah memenangi pertandingan nyanyian ini. Majlis di akhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan juga staff sokongan SKG.


p/s: Gambar boleh dilihat di laman Facebook SKG