Friday, August 13, 2010

Program Bulan Kemerdekaan 2010

Pada 10 Ogos yang lepas, SKG telah mengadakan program sambutan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan. Majlis telah bermula pada 10.30 pagi dengan guru-guru dan pelajar berkumpul di dewan terbuka SKG. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Khairul Anuar, dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang, dan juga lagu Keranamu Malaysia. Selepas itu, bacaan ikrar Rukun Negara telah disampaikan oleh wakil pelajar dari Tahun 5. Majlis di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar.

Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar SKG. Antara lagu yang di pertandingkan adalah: Keranamu Malaysia, Perajurit Tanah Air, Tanggal 31 Ogos, dan Jalur Gemilang. Tahniah kepada pelajar Tahun 6 kerana telah memenangi pertandingan nyanyian ini. Majlis di akhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan juga staff sokongan SKG.


p/s: Gambar boleh dilihat di laman Facebook SKG

Monday, June 7, 2010

Majlis Perpisahan



Pada hari Rabu (02/06/2010) yang lepas, satu majlis telah diadakan sempena pertukaran guru dan kakitangan SKG ke sekolah lain. Majlis tersebut juga di buat sempena persaraan beberapa orang kakitangan SKG. Acara di akhiri dengan kejutan untuk Puan GB iaitu nyanyian lagu "Happy Birthday.

Monday, May 24, 2010

Happy Birthday!!


1 MEI - EN RAZAN
18 MEI - TN SHEIKH AHMADI
22 MEI - PN RASIDAH
26 MEI - PN RAHMAH (GB)

25 JUN - PN AZINA


~~ SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

* SEMOGA DI MURAHKAN REZEKI
* SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR
* SEMOGA TERCAPAI APA YANG DI IMPIKAN

Tuesday, May 11, 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Kepada sesiapa yang nak muat turun teks Ucapan Perutusan Hari Guru 2010, bolehlah klik di link yang di sediakan.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Iklan Blog_Website_Facebook SKG


** Terima kasih kepada FS SK Jengka 19 sebab tolong siapkan poster ni.

Thursday, May 6, 2010

Pencapaian Bulan Mac

Oleh kerana terdapat masalah-masalah yang tak dapat di elakkan [talian Schoolnet], maka update untuk pencapaian sekolah terpaksa di buat secara "combo"

1. Olahraga pelajar perempuan wakil daerah di Temerloh

2. Ping pong juara peringkat daerah dan seorang pelajar wakil daerah di Kuala Lipis

3. Johan single dan double kejohanan tenis daerah dan 2 pelajar mewakili daerah di Kuala Lipis

4. Bola baling 3 pelajar ke pertandingan daerah


TAHNIAH kepada semua peserta!

Wednesday, May 5, 2010

PERMATApintar

Apakah itu Ujian PERMATApintar?

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://www.permatapintar.edu.my Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
  1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM ( untuk pelajar berusia 9-15 tahun);
  2. Program PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
  3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Maklumat selanjutnya sila klik di sini


Tarikh: 5 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 4

Tarikh: 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 5

Tarikh: 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tahun: Tahun 6


* Kepada pelajar-pelajar yang terlibat, ujian akan dijalankan bermula pada 5 Mei 2010 jam 2.30 petang. Sila hadirkan diri pada waktu yang di tetapkan untuk elakkan sebarang masalah. Sila rujuk jadual dan senarai nama di makmal komputer sekolah. Terima kasih.


~ GOOD LUCK ! ~

** Sijil dan hadiah saguhati disediakan =) Yeayyyyy!!!!